"Ketahui Bagaimana Seorang Surirumah Memulakan Perniagaan Cupcake Dan Memperoleh Jualan Sehingga 3-4 Angka Sebulan Secara Part Time!"
Ramai wanita yang bekerja memasang impian untuk menjadi seorang surirumah dan melihat anak anak membesar di depan mata. Namun, apakan daya keadaan ekonomi keluarga tidak membenarkannya. Ia adalah impian saya ketika masih bekerja beberapa tahun lepas.
Kini Anda Boleh Tukarkan Kreativiti Anda Kepada Duit dan Enjoy Dengan Apa Yang Anda Buat!
*********
Dari: Puan Shida
Tarikh: Ahad, 10 Jun, 2012.
RE: Perniagaan Cupcake Dari Rumah
*********Nama saya Nur Syahidah, dan saya merupakan antara surirumah yang mempunyai perniagaan dari rumah. Panduan Bisnes Cupcake ini merupakan CD panduan yang kedua yang kami hasilkan sebagai panduan buat surirumah yang ingin menambah pendapatan secara part time di rumah.
Produk pertama yang kami hasilkan ialah Rahsia Coklat Buatan Tangan telah terjual lebih dari 800 unit di tiga buah negara iaitu di Malaysia,Brunei dan Singapura. Dan mereka kini telahpun memulakan perniagaan mereka sendiri.
Ia adalah satu kejayaan yang cukup manis buat kami kerana berjaya melahirkan dan membantu seramai mungkin mereka yang ingin menambah pendapatan menerusi bidang bakeri dari rumah.Anda boleh lakukannya walaupun tanpa pengalaman...
Ada Yang Sudah Menjadi Satu Pendapatan Yang Cukup Lumayan
Sesiapa sahaja boleh memulakan bisnes mereka sendiri.Ia memerlukan minat dan keazaman dan sikap berani mencuba. Bisnes ini boleh dilakukan secara part time bagi menambah pendapatan keluarga.

Facebook Dan Internet Sebagai Medium Pemasaran
Dengan mengunakan internet, kami mengunakan teknologi ini sepenuhnya. Ia tidak melibatkan sebarang kos. Jadi kami tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk pemasaran di internet pada permulaannya. Tugasan pemasaran di internet ini diserahkan kepada suami yang mempunyai pengalaman dalam bidang ICT sebelum ini.Jadi dalam panduan ini, beliau menunjukkan beberapa cara yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda di internet dengan percuma sahaja
CD Panduan Bisnes Cupcake Dari Rumah

Di dalam CD ini, saya akan menunjukkan bagaimanakah untuk anda memulakan perniagaan cupcake atau kek cawan dari rumah. Malah saya juga menunjukkan bagaimanakah pembuatan cupcake dilakukan menerusi video langkah demi langkah.
Anda boleh buat cupcake walaupun tidak menghadiri sebarang kursus atau latihan. Dengan produk kami anda hanya perlu menontonnya dan membuat cupcake anda. Kini tiada alasan untuk anda tidak membuat kek cawan anda sendiri samada untuk perkahwinan anda ataupun untuk perniagaaan. Buat cupcake tidaklah sesukar mana.