Adakah anda telah merancang untuk menjual produk - produk hebat anda di internet tetapi terhalang akibat mempunyai pelbagai kesukaran dan persoalan seperti berikut...
Bagaimana untuk memasarkan lebih daripada 1 jenis produk pada 1 laman web?
Bagaimana untuk menerima tempahan daripada bakal pembeli dengan mudah dan bersistematik?
Bagaimana untuk memasarkan produk dengan teratur mengikut kategori, produk terlaris dan sebagainya?
dan bagaimanakah caranya untuk membina sebuah laman web yang mempunyai ciri - ciri seperti sebuah kedai membeli belah online yang canggih?
Jika kita perhatikan pada 'trend' hari ini, ramai pihak telah mengakui bahawa internet adalah merupakan salah satu bentuk medium pemasaran yang terbaik dan termudah untuk memasarkan serta mengembangkan perniagaan yang dijalankan. Rata - rata daripada mereka ini adalah terdiri daripada golongan - golangan peniaga kecil - kecilan sehinggalah kepada perniagaan yang bertahap korporat.
Dunia internet kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai macam hal bermula daripada institusi perbankan, perhubungan, pekerjaan dan seterusnya jual beli.
Tahukah anda dengan nama Ebay? Tahukah anda Lelong.com.my? Pernahkah anda melihat laman web Mudah.my? Lihat sahaja berapa banyak produk yang dipasarkan pada web - web tersebut. JUTAAN Ringgit telah dibelanjakan menerusi laman web ini dan hal ini membuktikan bahawa aktiviti jual beli di internet telah menjadi semakin popular dikalangan pengguna - pengguna internet di Malaysia dan juga di seluruh dunia!
Percaya atau tidak, pengguna kini lebih berkecenderongan untuk membeli belah di internet kerana mereka dapat berjimat lebih banyak dan tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke kedai atau ke kompleks membeli belah kerana aktiviti ini lebih banyak membuang masa, tenaga dan wang mereka.
Apatah lagi dengan kenaikan harga petrol yang sentiasa meningkat, perkara ini telah menyebabkan pengguna lebih berjimat cermat untuk tidak keluar 'merayau' mencari produk yang ingin dibeli seperti sebelum - sebelum ini. Pendek kata, pengguna kini lebih selesa untuk berada dirumah dan menjalankan urus niaga mereka secara online sahaja!
Perkara ini secara tidak langsung telah membuka peluang baru kepada kita, yakni kita sebagai usahawan dan peniaga berpotensi untuk mendapat lebih banyak jualan dari serata tempat hanya dengan menggunakan internet sebagai medium pemasaran produk kita.
Pengguna yang tidak kerap / jarang keluar dari rumah, kebiasaannya akan banyak menghabiskan masa mereka di internet melakukan pelbagai aktiviti, termasuk sanggup membelanjakan wang untuk membeli belah terhadap produk yang mampu menarik minat mereka...
Sebagai usahawan / peniaga, hal ini adalah merupakan satu peluang keemasan untuk kita mempromosikan produk - produk yang kita miliki terhadap golongan - golongan moden ini... Dengan berbekalkan teknologi internet ini, kita sebagai usahawan / peniaga juga turut mampu untuk mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan seperti sewa kedai, pengiklanan, upah pekerja dan sebagainya.
Dengan skop pasaran yang lebih luas dan prospek yang berpotensi untuk membelanjakan wang mereka terhadap produk yang anda jual, maka anda haruslah mengembangkan aktiviti pemasaran anda menerusi internet dengan penggunaan laman web anda sendiri.
Tidak dinafikan bahawa terdapat perkhidmatan platform sedia ada yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda seperti menggunakan perkhidmatan Mudah.my, Lelong.com.my, eBay.com dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan dalam penggunakan platform ini iaitu informasi produk yang anda cuba iklankan mungkin akan dihapuskan dari server mereka, iklan anda tidak diluluskan dan sebagainya. Ringkasnya, produk anda berada dibawah 'taklukan' orang lain kerana ia pada bila - bila masa sahaja boleh dibuang daripada sistem mereka.
Malah anda juga kurang dapat untuk meningkatkan 'Branding' anda dengan sepenuhnya menerusi penggunaan nama domain kerana domain yang digunakan adalah merupakan domain penyedia perkhidmatan tersebut. Ini bererti, website mereka yang akan menjadi semakin popular kerana pengguna terpaksa bergantung kepada sistem yang mereka sediakan.
Sebaliknya, jika anda memiliki laman web sendiri untuk penjualan produk - produk anda, hal ini dapat meningkatkan 'BRAND' dan juga kredibiliti bagi perniagaan yang anda jalankan.
Identiti perniagaan yang anda jalankan lebih mudah dikenali dan sekaligus berpotensi untuk menjadi terkenal...
Walaubagaimanapun, perkara inilah yang sebenarnya menjadi batu penghalang yang paling besar untuk usahawan / peniaga yang baru ingin belajar menggunakan internet sebagai tempat pemasaran. Masalah yang menjadi penghalang besar terhadap mereka untuk menghasilkan laman web sendiri adalah kekurangan keupayaan dan juga kemahiran untuk membina sebuah laman web yang betul, baik dan mampu memudahkan segala aktiviti transaksi antara pembeli dan pemilik web (iaitu anda)...
Disebabkan oleh banyak permintaan tentang kaedah dan tutorial pembinaan laman web shopping cart, maka pada hari ini saya ingin memperkenalkan produk terbitan saya iaitu Panduan Video Tutorial Sistem Wordpress eShop!
Jika anda mempunyai hasrat untuk mempelajari kaedah pembinaan laman web shopping cart dengan tangan anda sendiri dan mahukan cara yang paling mudah serta sistem yang mesra pengguna, maka inilah peluangnya untuk anda mendapatkan tutorial eksklusif pembinaan laman web shopping cart dengan harga yang cukup rendah di pasaran!
Miliki Pakej Tutorial Lengkap Langkah Demi Langkah Pembinaan Shopping Cart Menerusi Platform Wordpress
Pakej Tutorial Kedai Online Wordpress™ ini adalah merupakan produk digital yang merangkumi video tutorial yang akan membimbing anda langkah demi langkah bagaimana untuk anda membangunkan sebuah laman shopping cart mudah menggunakan platform Wordpress™.
Thursday, 31 December 2009
Panduan E-Shop
Labels:
* SFI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment