Saturday, 4 February 2012

Panduan Business Online


Melalui video interaktif step by step yang menarik, anda mampu membina web, grafik dan produk online profesional lebih singkat.

Masih terkial-kial memulakan bisnes online?
Saya percaya anda sangat berminat memulakan bisnes online ini. Namun masih tercari-cari panduan memulakannya. Atau mungkin juga anda telah membeli banyak panduan dipasaran, namun sampai sekarang masih terkial-kial memulakan perniagaan internet. Saya tidak salahkan anda. Kerana kebanyakan panduan dipasaran hanya mendedahkan secara umum sahaja perniagaan internet. Dan kurang mendedahkan aspek teknikal bisnes online yang sangat penting.
Saya juga bermula seperti anda. Pada tahun 2006 saya membeli panduan bisnes online dan panduan membina laman web. Namun ia langsung tidak membantu saya membina laman web atau produk online.

Tapi saya tidak berputus asa. Saya terus mencari panduan berkualiti dari produk oversea.Saya tertarik dengan kaedah pembelajaran video oversea yang jelas dan menyediakan bahan pembelajaran. Dimana anda menonton video dan terus mempraktikkan tutorial melalui bahan pembelajaran yang disediakan. Inilah cara pembelajaran yang sangat berkesan. Inilah cara pembelajaran yang sangat membantu anda belajar dengan lebih cepat.



 Sebenarnya ia sama seperti anda menjual produk di kedai secara offline. Anda jual produk berkualiti dan orang membelinya. Bisnes online juga merupakan proses jual beli yang memberi keuntungan dan pendapatan sampingan. Tak mahu cuba ke? Nak tahu tak, mengapa bisnes online menjadi pilihan ramai.?
Ia tidak memerlukan modal yang besar. Kos serendah RM60.00 setahun atau RM 5 sebulan untuk menyewa tapak dan nama laman web.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa secara sampingan.. Anda tidak akan terikat dengan waktu pejabat. Dan anda boleh mula melakukannya sekarang juga.
Tiada dateline kerja. Anda boleh melakukannya dengan tenang tanpa desakan mana-mana pihak. Ia sesuai dijadikan hobi yang menjana pendapatan.
Tidak perlu ruang pejabat. Ia boleh dilakukan dirumah pada bila-bila masa dengan keselesaan sambil menjaga anak atau ibu bapa anda.
Tidak perlu jumpa pelangan. Lebih 90% urusniaga internet melalui email. Selebihnya menggunakan handphone atau sms. Memang mudah. Anda tidak perlu keluar bersesak-sesak di jalan raya. 
Tiada siapa yang akan mengongkong anda. Anda bebas menentukan corak perniagaan anda. Memang menyeronokkan
Anda boleh menjual seberapa banyak produk yang anda mahukan tanpa perlu menyimpan stok dan sebarang kos.


Memang banyak perniagaan di internet ini. Namun terdapat dua bisnes online yang amat menguntungkan. Iaitu menjual produk digital dan produk fizikal.

Produk digital seperti ebook, audio dan video lebih mudah dihasilkan. Terutamanya ebook yang mengandungi informasi berharga. Tahukah anda jutaan orang mencari maklumat di internet. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap produk informasi maklumat.

Manakala produk fizikal pula boleh dijual secara online tanpa menyimpan stok. Dengan cara beli dan jual semula mengunakan kaedah dropshipping. Melalui kaedah ini, selepas anda menerima tempahan pelangan, anda hanya perlu mengarahkan pembekal menghantar produk tersebut kepada pembeli. Lebih mudah berniaga tanpa menyimpan stok.

Friday, 3 February 2012

Follow Up Lelongan


Perhatian kepada newbie, bakal eBayer dan peniaga-peniaga di eBay:

“JANGAN Jadi MANGSA Dan JANGAN Biarkan Anda Hilang Banyak Jualan Di eBay Hanya Kerana Feedback Negatif!”

Pembongkaran Tips, Teknik Dan Skrip Semudah ‘Copy N Paste’ Ini Mampu Menghalang Bisnes eBay Anda Dari Mudah Terkena Feedback Negatif!

SELAMATKAN Perniagaan eBay Anda Dari Mendapat Feedback Negatif Yang Bakal MEROSAKKAN Perniagaan eBay Anda..Lakukannya bermula hari ini..

Apakah itu MALANG BERGANDA?


Ini bermakna, jika anda gagal memuaskan hati serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembeli anda, selalunya pembeli anda akan MEMINTA WANG MEREKA DIKEMBALIKAN ATAU REFUND.

Dan yang paling memedihkan anda ialah setelah mereka meminta REFUND, pembeli-pembeli itu akan meletakkan Feedback Negatif kepada anda, meskipun kesemua perkara yang berlaku itu bukannya salah anda..dan anda tidak sepatutnya menjadi MANGSA keadaan atau kesalahan orang lain!

Tahukah anda apa yang akan terjadi kepada Bisnes eBay anda jika anda mendapat banyak Feedback Negatif?

Feedback Negatif yang dihadiahkan oleh pembeli anda bermaksud ianya telah menyumbangkan kepada penurunan jumlah Feedback Percentage bisnes eBay anda.

Penurunan Feedback Percentage boleh menyebabkan anda boleh kehilangan jualan yang banyak kerana para pengunjung dan pembeli pasti mengutamakan penjual yang mempunyai Feedback Percentage yang lebih tinggi dan bagus.

Dengan adanya Feedback Negative di id eBay anda, pasti dan pasti anda akan kehilangan banyak jualan kerana pengunjung atau bakal pembeli akan lari meninggalkan listing anda dan beralih kepada penjul-penjual lain di eBay yang mempunyai Feedback yang lebih bagus. Tambahan pula jika Feedback Positif anda bakal turun hingga ke bawah 90%.



Jadi Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekarang Supaya Tidak Mendapat FEEDBACK NEGATIF…???

Strategi terbaik yang anda perlu lakukan ialah dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dari awal-awal lagi.

Ini kerana, seperti yang saya telah nyatakan, Polisi eBay mahukan para penjual memberikan khidmat yang terbaik kepada pembeli sebelum berlakunya masalah dan bukannya selepas masalah berlaku terhadap pembeli.

Untuk anda melakukannya, katakunci terbaik bagi amalan ini adalah ‘FOLLOW UP’. Bahasa Melayunya tindakan susulan. Ini merupakan satu proses yang anda perlu lakukan sebagai seorang penjual di Ebay selepas anda mendapat confirmed payment dari pembeli anda, sebelum penghantaran barangan, semasa penghantaran dan setelah pengehantaran barangan dibuat.

Dengan ‘FOLLOW UP’ sahajalah yang mampu menjadikan pelanggan anda sebagai pelanggan setia yang bakal berulang-ulang kali membeli dari anda dan seterusnya menghasilkan 80% dari keuntungan perniagaan anda.



Sebagai satu usaha untuk membantu Bisnes eBay anda, semua persoalan-persoalan tentang ilmu follow up dan pencegahan Feedback Negatif untuk perniagaan Ebay ini telah saya dedahkan dalam ebook 'Follow up Lelongan' ini.

Saya telah menyediakan skrip-skrip mesej dalam Bahasa Inggeris yang amat penting bagi setiap eBayer letakkan dalam setiap listing dan mesej semasa berkomunikasi dengan pembeli anda di eBay.

Ini kerana saya amat memahami tentang 'batu penghalang' bagi orang Malaysia berniaga di pasaran Global. 'Batu penghalang' itu adalah Bahasa Inggeris.

Seperti saya juga pada waktu mula berniaga di eBay, saya agak pening memikirkan apa yang perlu saya tulis apabila berkomunikasi atau melayan kerenah mat saleh-mat saleh ini. Apatah lagi jika terdapat newbie atau bakal eBayer yang tidak berapa mahir Bahasa Inggeris. Parah bukan?

Jika anda masih ragu-ragu bagaimana ebook Follow Up Lelongan ini dapat membantu Bisnes eBay anda, saya akan berikan anda Edisi Preview iaitu Bab Percuma ebook ini secara PERCUMA supaya anda dapat menilai dan mengetahui kandungan dengan lebih dekat lagi.