Saturday, 4 February 2012

Panduan Business Online


Melalui video interaktif step by step yang menarik, anda mampu membina web, grafik dan produk online profesional lebih singkat.

Masih terkial-kial memulakan bisnes online?
Saya percaya anda sangat berminat memulakan bisnes online ini. Namun masih tercari-cari panduan memulakannya. Atau mungkin juga anda telah membeli banyak panduan dipasaran, namun sampai sekarang masih terkial-kial memulakan perniagaan internet. Saya tidak salahkan anda. Kerana kebanyakan panduan dipasaran hanya mendedahkan secara umum sahaja perniagaan internet. Dan kurang mendedahkan aspek teknikal bisnes online yang sangat penting.
Saya juga bermula seperti anda. Pada tahun 2006 saya membeli panduan bisnes online dan panduan membina laman web. Namun ia langsung tidak membantu saya membina laman web atau produk online.

Tapi saya tidak berputus asa. Saya terus mencari panduan berkualiti dari produk oversea.Saya tertarik dengan kaedah pembelajaran video oversea yang jelas dan menyediakan bahan pembelajaran. Dimana anda menonton video dan terus mempraktikkan tutorial melalui bahan pembelajaran yang disediakan. Inilah cara pembelajaran yang sangat berkesan. Inilah cara pembelajaran yang sangat membantu anda belajar dengan lebih cepat.



 Sebenarnya ia sama seperti anda menjual produk di kedai secara offline. Anda jual produk berkualiti dan orang membelinya. Bisnes online juga merupakan proses jual beli yang memberi keuntungan dan pendapatan sampingan. Tak mahu cuba ke? Nak tahu tak, mengapa bisnes online menjadi pilihan ramai.?
Ia tidak memerlukan modal yang besar. Kos serendah RM60.00 setahun atau RM 5 sebulan untuk menyewa tapak dan nama laman web.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa secara sampingan.. Anda tidak akan terikat dengan waktu pejabat. Dan anda boleh mula melakukannya sekarang juga.
Tiada dateline kerja. Anda boleh melakukannya dengan tenang tanpa desakan mana-mana pihak. Ia sesuai dijadikan hobi yang menjana pendapatan.
Tidak perlu ruang pejabat. Ia boleh dilakukan dirumah pada bila-bila masa dengan keselesaan sambil menjaga anak atau ibu bapa anda.
Tidak perlu jumpa pelangan. Lebih 90% urusniaga internet melalui email. Selebihnya menggunakan handphone atau sms. Memang mudah. Anda tidak perlu keluar bersesak-sesak di jalan raya. 
Tiada siapa yang akan mengongkong anda. Anda bebas menentukan corak perniagaan anda. Memang menyeronokkan
Anda boleh menjual seberapa banyak produk yang anda mahukan tanpa perlu menyimpan stok dan sebarang kos.


Memang banyak perniagaan di internet ini. Namun terdapat dua bisnes online yang amat menguntungkan. Iaitu menjual produk digital dan produk fizikal.

Produk digital seperti ebook, audio dan video lebih mudah dihasilkan. Terutamanya ebook yang mengandungi informasi berharga. Tahukah anda jutaan orang mencari maklumat di internet. Ini menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap produk informasi maklumat.

Manakala produk fizikal pula boleh dijual secara online tanpa menyimpan stok. Dengan cara beli dan jual semula mengunakan kaedah dropshipping. Melalui kaedah ini, selepas anda menerima tempahan pelangan, anda hanya perlu mengarahkan pembekal menghantar produk tersebut kepada pembeli. Lebih mudah berniaga tanpa menyimpan stok.

No comments:

Post a Comment