Adakah anda telah merancang untuk menjual produk - produk hebat anda di internet tetapi terhalang akibat mempunyai pelbagai kesukaran dan persoalan seperti berikut...
Bagaimana untuk memasarkan lebih daripada 1 jenis produk pada 1 laman web?
Bagaimana untuk menerima tempahan daripada bakal pembeli dengan mudah dan bersistematik?
Bagaimana untuk memasarkan produk dengan teratur mengikut kategori, produk terlaris dan sebagainya?
dan bagaimanakah caranya untuk membina sebuah laman web yang mempunyai ciri - ciri seperti sebuah kedai membeli belah online yang canggih?
Jika kita perhatikan pada 'trend' hari ini, ramai pihak telah mengakui bahawa internet adalah merupakan salah satu bentuk medium pemasaran yang terbaik dan termudah untuk memasarkan serta mengembangkan perniagaan yang dijalankan. Rata - rata daripada mereka ini adalah terdiri daripada golongan - golangan peniaga kecil - kecilan sehinggalah kepada perniagaan yang bertahap korporat.
Dunia internet kini boleh dikatakan telah menjadi salah satu keperluan seharian dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada dunia internet untuk berurusan dalam pelbagai macam hal bermula daripada institusi perbankan, perhubungan, pekerjaan dan seterusnya jual beli.
Tahukah anda dengan nama Ebay? Tahukah anda Lelong.com.my? Pernahkah anda melihat laman web Mudah.my? Lihat sahaja berapa banyak produk yang dipasarkan pada web - web tersebut. JUTAAN Ringgit telah dibelanjakan menerusi laman web ini dan hal ini membuktikan bahawa aktiviti jual beli di internet telah menjadi semakin popular dikalangan pengguna - pengguna internet di Malaysia dan juga di seluruh dunia!
Percaya atau tidak, pengguna kini lebih berkecenderongan untuk membeli belah di internet kerana mereka dapat berjimat lebih banyak dan tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi ke kedai atau ke kompleks membeli belah kerana aktiviti ini lebih banyak membuang masa, tenaga dan wang mereka.
Apatah lagi dengan kenaikan harga petrol yang sentiasa meningkat, perkara ini telah menyebabkan pengguna lebih berjimat cermat untuk tidak keluar 'merayau' mencari produk yang ingin dibeli seperti sebelum - sebelum ini. Pendek kata, pengguna kini lebih selesa untuk berada dirumah dan menjalankan urus niaga mereka secara online sahaja!
Perkara ini secara tidak langsung telah membuka peluang baru kepada kita, yakni kita sebagai usahawan dan peniaga berpotensi untuk mendapat lebih banyak jualan dari serata tempat hanya dengan menggunakan internet sebagai medium pemasaran produk kita.
Pengguna yang tidak kerap / jarang keluar dari rumah, kebiasaannya akan banyak menghabiskan masa mereka di internet melakukan pelbagai aktiviti, termasuk sanggup membelanjakan wang untuk membeli belah terhadap produk yang mampu menarik minat mereka...
Sebagai usahawan / peniaga, hal ini adalah merupakan satu peluang keemasan untuk kita mempromosikan produk - produk yang kita miliki terhadap golongan - golongan moden ini... Dengan berbekalkan teknologi internet ini, kita sebagai usahawan / peniaga juga turut mampu untuk mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan seperti sewa kedai, pengiklanan, upah pekerja dan sebagainya.
Dengan skop pasaran yang lebih luas dan prospek yang berpotensi untuk membelanjakan wang mereka terhadap produk yang anda jual, maka anda haruslah mengembangkan aktiviti pemasaran anda menerusi internet dengan penggunaan laman web anda sendiri.
Tidak dinafikan bahawa terdapat perkhidmatan platform sedia ada yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda seperti menggunakan perkhidmatan Mudah.my, Lelong.com.my, eBay.com dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan dalam penggunakan platform ini iaitu informasi produk yang anda cuba iklankan mungkin akan dihapuskan dari server mereka, iklan anda tidak diluluskan dan sebagainya. Ringkasnya, produk anda berada dibawah 'taklukan' orang lain kerana ia pada bila - bila masa sahaja boleh dibuang daripada sistem mereka.
Malah anda juga kurang dapat untuk meningkatkan 'Branding' anda dengan sepenuhnya menerusi penggunaan nama domain kerana domain yang digunakan adalah merupakan domain penyedia perkhidmatan tersebut. Ini bererti, website mereka yang akan menjadi semakin popular kerana pengguna terpaksa bergantung kepada sistem yang mereka sediakan.
Sebaliknya, jika anda memiliki laman web sendiri untuk penjualan produk - produk anda, hal ini dapat meningkatkan 'BRAND' dan juga kredibiliti bagi perniagaan yang anda jalankan.
Identiti perniagaan yang anda jalankan lebih mudah dikenali dan sekaligus berpotensi untuk menjadi terkenal...
Walaubagaimanapun, perkara inilah yang sebenarnya menjadi batu penghalang yang paling besar untuk usahawan / peniaga yang baru ingin belajar menggunakan internet sebagai tempat pemasaran. Masalah yang menjadi penghalang besar terhadap mereka untuk menghasilkan laman web sendiri adalah kekurangan keupayaan dan juga kemahiran untuk membina sebuah laman web yang betul, baik dan mampu memudahkan segala aktiviti transaksi antara pembeli dan pemilik web (iaitu anda)...
Disebabkan oleh banyak permintaan tentang kaedah dan tutorial pembinaan laman web shopping cart, maka pada hari ini saya ingin memperkenalkan produk terbitan saya iaitu Panduan Video Tutorial Sistem Wordpress eShop!
Jika anda mempunyai hasrat untuk mempelajari kaedah pembinaan laman web shopping cart dengan tangan anda sendiri dan mahukan cara yang paling mudah serta sistem yang mesra pengguna, maka inilah peluangnya untuk anda mendapatkan tutorial eksklusif pembinaan laman web shopping cart dengan harga yang cukup rendah di pasaran!
Miliki Pakej Tutorial Lengkap Langkah Demi Langkah Pembinaan Shopping Cart Menerusi Platform Wordpress
Pakej Tutorial Kedai Online Wordpress™ ini adalah merupakan produk digital yang merangkumi video tutorial yang akan membimbing anda langkah demi langkah bagaimana untuk anda membangunkan sebuah laman shopping cart mudah menggunakan platform Wordpress™.
Thursday, 31 December 2009
Panduan E-Shop
Doa Pengasih
Anda tertekan dengan masalah rumah tangga/percintaan yang dihadapi sekarang?
Bayangkan bila seseorang yang anda minati tiba tiba jatuh cinta & begitu mengambil berat tentang diri anda serta mengajak kahwin segera?. Tentu anda melompat keriangan bukan?
Bayangkan bila anda sampai di tempat kerja semua orang melayani anda dengan manis, malah bos menghulurkan senyuman pada anda. Kawan kawan pula asyik nak berbual & memberikan perhatian pada anda. Wah, seronoknya perasaan ini.
Bayangkan juga anda mempunyai keluarga yang bahagia. Suami isteri saling mencintai, malah mempunyai anak soleh yang mendengar kata. Pendek kata setiap saat yang anda lalui begitu mendamaikan hati & perasaan.
Namun semua impian di atas bukanlah senang untuk dicapai..Kenapa begitu, adakah anda tidak mengikut panduan yang betul?
Doa Pengasih
Apakah ia doa pengasih ni?
Ringkasnya, doa pengasih adalah merupakan kumpulan doa atau ayat yang boleh digunakan oleh orang Islam untuk menjadikan seseorang menyayangi dan mencintai anda
Anda mungkin bertanya sama ada doa ini mengandungi elemen yang bertentangan dengan syara'. Saya ingin tegaskan bahawa ayat & himpunan doa yang ingin saya kongsikan ini kebanyakannya bersumberkan ayat ayat suci al Quran, selawat ke atas nabi, & beberapa doa yang diamalkan oleh para guru agama.
Ebook setebal 67 muka surat ini mengandungi koleksi 29 doa pengasih yang boleh diamalkan oleh sesiapa saja untuk tujuan dikasihi & disayangi. Doa doa ini memang telah terbukti berkesan dengan izinNya, & dieksperimenkan oleh masyarakat Melayu dahulu.
Ebook ini adalah untuk bacaan umum & bukan teks akademik. Jadi ia disampaikan dalam bahasa yang mudah & santai, namun tidaklah sehingga mencacatkan nilai keilmuan itu sendiri.
Hukum beramal dengan ayat pengasih
Anda akan mengetahui jenis ayat yang boleh & haram untuk di amalkan. Ini adalah perkara pokok yang WAJIB diketahui.
Banyak ayat dan pengasih di luar sana yang nampak macam boleh diamalkan tapi sebenarnya boleh membawa anda kepada syirik. Saya hanya kongsikan yang SAH sahaja!
Persediaan sebelum mengamalkan ayat pengasih
10 perkara yang perlu anda lengkapkan sebelum boleh mengamalkan doa pengasih. Ia bukan sewenang wenangnya boleh diamalkan.
Jika anda masih pelajar sekolah dan ada cita cita nak "mengayat" budak sekelas anda, sila hentikan niat tu. Amalan ini bukan untuk anda, maaf!
Ilmu penunduk
Digunakan untuk mendekatkan jodoh seseorang & orang yang tertutup hatinya untuk berkahwin. Diajarkan oleh Dato' Dr Haron Din.
Menghasilkan sendiri minyak pengasih
Kini anda tidak perlu lagi mengupah sesiapa. AMARAN: Bukan untuk tujuan suka suka!
Pemanis wajah
Menjadikan wajah anda berseri seri & kelihatan manis sentiasa
Pengasih bulan purnama
Jadikan wajah anda ingin kelihatan manis bak bulan purnama pada pandangan mata manusia
Pengasih Bismillah 6
Cara membaca Bismillah 6 sambil memandang pada lelaki/ perempuan idaman dengan tujuan dia jatuh kasih
Ilmu memuja kekasih hati
Doa untuk menarik kekasih datang pada anda.
(AMARAN 2: Jangan suka suka buat!)
Pengasih minyak wangi
Memperkukuhkan rasa rindu & cinta kekasih hati pada anda. Sesuai diamalkan oleh orang yang berjauhan
Pengasih kelopak mata
Jadikan dia sayang dengan hanya mengedipkan kelopak mata
Pengasih kapur senafas
1 ilmu yang hebat & “menjadi” (dengan izinNya). Dibaca bila anda mengkehendaki seseorang untuk tertarik pada anda
Raja ilmu pengasih
AMARAN 3: JANGAN DISALAH GUNA.
Telah dieksperimenkan oleh ulama', guru guru serta orang yang berpoligami
Selawat untuk meminang
Amalkan semasa proses peminangan. Dengan izinNya, lamaran anda akan diterima dengan senang hati & tidak akan ditolak
Doa raja ilmu pengasih
Sesuai diamalkan sebagai pengasih terhadap isteri, anak anak, keluarga, majikan, pekerja, mana mana lelaki atau wanita
Pengasih Mukmin
Amalkan doa ini agar muslimin dan muslimat yang memandang anda akan jatuh kasih
Pengasih untuk suami
Dipraktikkan semasa sedang bersetubuh dengan pasangan
Pengasih untuk isteri
Khusus untuk isteri yang ingin terus disayangi suami
Pengasih untuk anak anak
Tukar 360° anak anda yang liar & sukar dikawal menjadi anak soleh & menyayangi ibu bapa
Doa untuk menarik jodoh
Hentikan status andartu/ bujang terlajak anda kerana dalam tempoh singkat anda akan menerima lamaran, insyaAllah!
Doa Untuk Menarik Jodoh II
Khusus untuk orang yang masih belum bertemu jodoh akibat dari disihir oleh sang pendengki
Pengasih audiens
Jadikan ucapan anda didengar dengan penuh minat oleh audiens
Doa pengasih masyarakat
Pengasih yang bersifat umum, supaya pengamalnya dikasihi oleh orang ramai
Doa pelembut hati
Khusus untuk anda yang putus tunang, cinta tak berbalas, atau percintaan yang tidak direstui keluarga
Doa Pemisah
Memutuskan rasa cinta pasangan yang menjurus ke arah maksiat & zina (bukan cinta yang mendorong kepada kebaikan)
Solat hajat 12 rakaat
Kaedah melakukan solat hajat yang insyaAllah permohonan anda akan diterima
Bonus
Pengasih terhadap binatang jinak
Menjinakkan lagi binatang yang azalinya sudah jinak. Baca doa ini pada kucing, lembu, burung, & ayam serama anda
Pengasih terhadap binatang liar
Bagaimana anda boleh menjinakkan binatang liar seperti harimau, kuda, gajah dengan doa ini
Thursday, 10 December 2009
Rahsia Emas Dan Perak
Jika anda ingin mengetahui kepentingan membuat pelaburan di dalam emas dan perak maka anda perlu mengetahui sejarah penggunaan kedua-dua logam ini pada masa dahulu, sekarang dan akan datang. Buku yang ditulis oleh Rosaidi akan mendedahkan topik-topik ini kepada anda. Setelah mengetahui sejarah emas dan perak, saya yakin anda akan memahami fungsi emas dan perak serta bagaimana ia boleh membantu membina kekayaan dan mengekalkan kekayaan anda.
Selain itu buku ini akan membantu anda membuat pelaburan emas dan perak dengan betul, selamat dan menguntungkan. Sebagai contoh, purata kenaikan harga harga emas dari tahun 2006 sehingga 2010 ialah 23% setahun. Ini adalah pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur emas.
Selain membantu anda membuat pelaburan emas dan perak dengan betul, buku ini juga akan membantu anda daripada terjebak dengan skim-skim pelaburan emas dan skim-skim cepat kaya yang bertopengkan emas.Ini kerana skim-skim ini biasanya akan menipu pelabur dan anda boleh rugi besar.
Selepas membaca buku ini saya menyarankan anda mengambil tindakan memulakan pelaburan emas dan perak secepat mungkin. ini kerana ilmu + tindakan = keuntungan.
Apabila Anda Sedar, Anda Boleh Bersedia
Anda sedar apa yang sedang berlaku? Saya pasti anda tidak.
Biar saya beritahu anda apa yang sedang berlaku sekarang:
Apa yang surat khabar tulis hanya untuk ideal mereka sahaja. Mereka tidak kisah langsung apa yang berlaku kepada anda kecuali kalau itu mengisi poket mereka.
Dan saya nak anda mendapat lebih daripada dicuci otak anda. Saya ingin membebaskan anda.
Dalam e-book ini, anda akan mengetahui pelbagai perkara. Dari segi sejarah dan struktur ekonomi. Anda mungkin rasa itu berat. Jangan bimbang – setiap fakta dijelaskan dengan bahasa mudah sehinggakan budak kecil pun boleh memahami apa yang ditulis.
Ianya berjumlah 138 muka surat, dan ianya datang dalam bentuk PDF. Ianya boleh dibuka di mana-mana komputer.
Di bawah merupakan senarai perkara yang anda akan ketahui di dalam e-book ini:
Apa yang menyebabkan emas itu penting dan kenapa ianya penting untuk anda
Adakah ekonomi negara kita stabil?
Adakah melabur dalam emas selamat? Berapa anda boleh dapat jika anda melabur dalam emas.
Apa kaitan negara kita dengan kestabilan ekonomi Amerika Syarikat?
Jika Amerika Syarikat bankrap, adakah kita akan mengikut jejak langkah mereka?
Apa yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan wang anda daripada kehilangan kuasa beli? (Klu: anda sudah tahu mengenainya!)
Bagaimana untuk melihat masa hadapan kewangan anda – dengan melihat apa yang berlaku pada zaman lampau
Apa kaitan negara India dan China jika anda ingin melabur dalam emas dan perak?
Dan bukan itu sahaja. Anda juga akan mengetahui:
8 faktor yang anda perlu tahu sebelum anda melabur di dalam emas dan 4 faktor sebelum anda melabur dalam perak.
Adakah penipuan sesuatu yang berlaku di dalam pasaran emas?
Ketahui sama ada unsur jenayah ada di dalam pasaan perak. (Hint: anda akan dibawa ke tahun 1979 untuk pendedahan)
Emas bukan sahaja digunakan dalam barang kemas, ianya digunakan di dalam... ketahui di bab “Apa itu Emas?”
33 sebab kenapa anda perlu membeli perak dan 14 sebab kenapa anda perlu membeli emas... sekarang. Dan salah satu daripadanya berkait rapat dengan kebebasan anda.
Adakah kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat memberi impak kepada harga emas?
Jika penawaran wang dollar US meningkat, apa yang akan berlaku?
Penawaran emas semakin sedikit, permintaan semakin meningkat, apa yang akan jadi dengan emas?
Beberapa agensi yang mengawal komoditi di pasaran. Adakah mereka memanipulasi harga komoditi?
Friday, 27 November 2009
Monday, 23 November 2009
Formula Diet Extreme
Pernahkah anda terfikir untuk mengetahui cara TERPANTAS menurunkan berat badan?
Mengapa selama ini anda hanya mampu menurunkan berat badan pada kadar yang "standard" sahaja?
Jika begitu, anda telah sampai ke tempat yang BETUL
Pada setiap patah perkataan yang bakal anda baca selepas ini, saya bakal mendedahkan anda sebab utama badan anda anda tidak mampu mengurangkan berat badan pada kadar yang cepat, dan selepas itu saya juga akan menyediakan anda dengan satu formula yang membolehkan anda memiliki berat badan yang selama ini anda mahukan dalam masa hanya 25 HARI SAHAJA!
Ini BUKAN gimik. Jika anda berada di sini untuk mencari pil, jamu ataupun ubat kurus, saya khuatir bahawa anda telah salah tempat. Tetapi, jika anda mencari penyelesaian SEBENAR hasil daripada kajian saintifik dan strategi biasa yang luar biasa, maka maklumat yang bakal saya dedahkan sebentar lagi mungkin akan menjadi maklumat formula menurunkan berat badan TERPENTING yang pernah anda baca
Asasnya, untuk mengurangkan berat badan(lemak) dengan kadar yang pantas anda perlu meningkatkan penurunan kalori dalam badan anda dalam masa yang singkat.
Satu paun lemak bersamaan 3500 kalori. Adakah anda mahu menghilangkan SATU paun lemak? Jika ya maka anda perlu mengurangkan kalori sebanyak 3500. Bagaimana pula jika hendak menghilangkan 5 paun lemak? Mudah, hanya darabkan dengan LIMA. Jawapannya anda perlu menghapuskan 17500 kalori dalam badan anda. Mudah bukan teori ini?
Malangnya, penurunan kalori secara drastik hanya akan mengakibatkan badan anda melawan usaha diet anda dengan menghentikan kadar metabolisme badan anda.
Secara teori dan logiknya, anda tidak mampu mengurangkan lemak tanpa meningkatkan penurunan kalori dalam badan anda dalam masa yang singkat. Begitu juga anda tidak dapat meningkatkan penurunan kalori dalam badan anda dalam masa yang singkat tanpa mengakibatkan badan anda melawan usaha diet anda dengan menghentikan kadar metabolisme badan anda.
Anda akan faham apakah sebenarnya yang dikatakan dengan ’DIET’ yang sebenar selepas anda membaca ebook ini.
Dengan ini anda dapat menangkis segala salahfaham anda mengenai ’DIET’ itu sendiri dan juga mengelakkan diri anda daripada melakukan Diet yang SIA-SIA
Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengamalkannya teknik dalam Formula Diet Extreme ini.
Bukan untuk nak masuk bakul angkat sendiri namun secara ikhlasnya ebook ini adalah antara ebook yang terbaik dihasilkan. Ebook ini bukanlah ebook yang berjela panjangnya sehingga anda bosan untuk membaca. Ianya hanya padat dengan informasi dan informasi yang berguna dan praktikal sahaja buat anda.
Ianya sangat sesuai dibaca oleh pelbagai golongan kerana setiap penerangan menggunakan gaya bahasa yang sangat mudah untuk difahami. Informasi di dalam ebook ini dipersembahkan secara langkah demi langkah.
Oleh itu pembacaan ebook ini tidak akan mengambil masa yang lama dan anda mampu untuk mempraktikkan terus segala ilmu yang terkandung di dalamnya.
Sunday, 15 November 2009
Mencetak Baju
Siapa kami? Kami merupakan pereka grafik dan pencetak baju dan menjalankan perniagaan ini semenjak 2008 dan Alhamdulillah perniagaan semakin maju dan kemahiran semakin bertambah. Buku ini dibuat untuk berkongsi pengalaman serta teknik penghasilan cetakan baju. Sebenarnya teknik cetakan baju adalah sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya, cuma hendak berusaha atau tidak.
Kami bermula dengan mencetak rekaan baju yang kami minat, kemudian beralih kepada pasaran yang lebih meluas dengan tempahan daripada individu perseorangan dan juga kelas, persatuan dan sebagainya.
Ia mudah, murah dan tahan lama serta hasilnya berkualiti dan sering digunakan oleh semua pencetak dan pembekal baju.
Dengan modal sedikit(RM200+)anda boleh menjalankan cetakan sendiri di rumah mahupun di mana-mana. Asalkan ada kemahuan dan keinginan mungkin bisnes tshirt menjadikan sumber pendapatan kedua anda.
Tahukah anda bisnes tshirt ini dapat menjamin sekurang-kurangnya 70% keuntungan bersih!
Thursday, 10 September 2009
Penternakan Ikan Keli
Perhatian kepada semua Usahawan Ternak di Seluruh Negara! Kini Kaedah Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli Menjadi Semakin Mudah... Keuntungan Lumayan Dalam Perniagaan Ikan Keli
"Tunjuk Ajar Langkah Demi Langkah Bagaimana Memulakan Perniagaan dalam Bidang Penternakan Ikan Keli dengan Mudah seterusnya Menjadi Usahawan Ternak Yang Berjaya!"
Mudah dipelajari, kos rendah, permintaan tinggi, dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di mana-mana sahaja!
Ketahui rahsia perniagaan Ikan Keli yang menguntungkan melalui Ebook Panduan Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli. Ia memimpin dan mengajar anda bagaimana memulakan perniagaan Ikan Keli melalui kaedah yang mudah dengan kos yang rendah serta menjamin keuntungan berlipatganda.
Peluang Menjadi USAHAWAN dan Menjana PENDAPATAN, Ramai Yang Mahu Tetapi Tidak Tahu..
Anda mungkin terfikir untuk menjalankan perniagaan dalam industri pertanian atau penternakan terutama apabila terbaca tentang kisah-kisah kejayaan petani dan penternak. Namun, seringkali niat anda terpaksa dipendamkan disebabkan oleh masalah-masalah yang anda hadapi seperti :
Kekurangan ilmu penternakan
Tiada tunjuk ajar yang berkesan
Masa yang terbatas
Kurang keyakinan diri
Motivasi yang rendah
Kurang galakan dan sokongan
Sumber kewangan terhad
....dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terus melupakan sahaja niat anda untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Buat pertama kalinya, dibawa secara eksklusif untuk anda semua. Panduan serta tips-tips berguna yang jarang sekali diberikan dan dikongsi bersama. Semua ini disediakan khas untuk anda yang ingin belajar dan mencari Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli yang sebenar dan seterusnya melibatkan diri dalam industri yang menjanjikan pulangan hebat dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran yang semakin meningkat. Panduan ini disediakan untuk anda dalam Bahasa Melayu - hasil pengalaman bertahun-tahun saya di dalam bidang penternakan ikan keli meliputi aspek pembenihan, penternakan, kursus, konsultansi, pembelian, penjualan, perancangan perniagaan, pelaburan penternakan dan pengurusan kewangan di dalam industri ini.
Anda bakal mengetahui lebih lanjut bagaimana orang biasa yang TIDAK PERNAH mempunyai pengalaman dalam penternakan ikan keli, berjaya di dalam perniagaan ini seterusnya dapat memaksimumkan pendapatan dan pulangan dengan lebih banyak $$$$ secara berterusan.
Oleh itu, Ebook Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli ini akan membantu dan membimbing anda langkah demi langkah untuk memulakan aktiviti pembenihan ikan keli, penternakan, sehinggalah ia dipasarkan dan seterusnya menjana pendapatan dan keuntungan. Anda juga akan mudah untuk mempelajari selok-belok dalam pengurusan perniagaan ikan keli berpanduan kepada setiap langkah dan maklumat yang terkandung di dalam ebook ini.
Monday, 20 July 2009
Menjahit Baju Kurung
TAK PERLU SUSAH-SUSAH buang masa di ‘Google’ untuk mencari cara menjahit baju kurung lagi…Tak perlu bayar mahal-mahal untuk kelas menjahit…saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh mempelajarinya dengan cara mudah, cepat dan praktikal...teruskan membaca...
Adakah Anda?
a)Sedang mencari cara terbaik untuk belajar menjahit baju kurung..
b) Sudah melayari internet untuk mendapatkan cara menjahit baju kurung, tetapi hasilnya amat menghampakan…
c) Ingin mengikuti kelas menjahit baju kurung, tetapi kos yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM200 membuatkan anda berfikir banyak kali…
d) Sudah membeli buku yang menunjukkan cara menjahit baju kurung, tetapi anda tidak faham arahan yang diberikan…
e)Berminat untuk belajar menjahit tetapi langsung tiada asas jahitan…tidak tahu dari mana hendak bermula…
f)Anda pernah belajar cara menjahit baju kurung, tetapi akibat lama tidak mempraktikkannya anda sudah lupa caranya...
g)Anda ingin mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat, menguntungkan dan menjimatkan?
Ataupun...
a)Anda sedang mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat..
b)Anda sedang mencari jalan untuk mengambil hati ibu mertua anda...
c)Anda seorang lelaki dan berminat untuk belajar cara menjahit baju kurung, tetapi memikirkan anda akan dikelilingi oleh pelajar wanita apabila mengikuti kelas menjahit, niat tersebut terus dibatalkan…
d)Anda nak ‘save budget’ dengan menjahit sendiri baju kurung anda ataupun baju keluarga anda...
e)Anda selalu merasa tidak puas hati dengan hasil kerja tukang jahit yang menjahit baju anda, ada saja yang tidak kena...samada anda yang terlalu cerewet atau tukang jahit tersebut yang salah...
F) Kelas menjahit yang ingin anda hadiri bermula dari 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang pada hujung minggu Sabtu dan Ahad, anda tiada masa..
Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional -
Panduan Langkah Demi Langkah ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut, inilah panduan yang bertepatan dengan anda.
Mari mulakan dengan belajar menjahit baju kurung. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.
Ya, ada panduan menjahit baju kurung yang boleh dibeli dengan harga yang lebih murah berbanding ebook ni. Terpulang kepada anda untuk mendapatkannya. Bandingkan terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan yang anda akan dapat selepas mengeluarkan wang untuk membeli mana-mana produk yang menunjukkan cara menjahit baju kurung.
Sebelum anda membeli panduan menjahit baju kurung yang lebih murah daripada ebook ini, pastikan wang yang akan dilaburkan dapat memberi hasil yang anda harapkan walaupun dengan harga yang lebih murah. Pastikan anda mendapat jaminan tersebut sebelum mengeluarkan wang supaya anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih daripada sekali untuk mempelajari cara menjahit baju kurung yang jumlah keseluruhannya lebih besar daripada harga ebook ini.
Buatlah pilihan yang bijak dan setepatnya. Semuanya di tangan anda!
Bisnes Mainan
Buat bakal & eBayer sedia ada yang masih lagi belum merasa income sekurang-kurangnya 4 angka sebulan, laman web ini akan membongkarkan kepada anda rahsia besar untuk anda mencapai impian tersebut …
Anda akan didedahkan dengan segala rahsia sulit langkah-demi-langkah yang selama ini tersimpan-rapi bagaimana anda mampu menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan dengan menjual produk-produk permainan di eBay walaupun anda seorang ZERO knowledge tentang bisnes internet dan eBay!
Ramai dikalangan mereka yang baru dengan dunia perniagaan internet atau eBay secara khususnya pasti akan mengeluh.
Macam-macam alasan yang boleh kita temui menjadi penghalang untuk mereka terus menjana pendapatan lumayan dengan eBay.
Saya pasti, anda turut tidak ketinggalan.
Anda sering kali menemui jalan buntu dalam usaha anda menjana pendapatan lumayan dengan eBay
Jikalau anda sendiri mengalami ‘mimpi-mimpi buruk’ di atas, anda kini tidak perlu berasa risau dan buntu lagi.
Anda boleh anggap sahaja kesemua permasalahan tersebut telah selesai selepas ini dengan bimbingan yang bakal saya berikan kepada anda …
Anda boleh anggap Ebook ini akan membongkarkan segala rahsia saya selama ini yang tersimpan-rapi bagaimana saya menjalankan bisnes di eBay dengan menjual produk mainan.
Anda akan dibimbing melalui ebook ini langkah-demi-langkah, cuma perlu ikut sahaja apa yang telah saya lakukan sehingga mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan walaupun secara part-time sahaja!
Secara keseluruhannya, ebook ini terbahagi kepada 4 bab besar di dalamnya terkandung segala langkah, tips, panduan dan strategi untuk anda jalankan perniagaan permainan di eBay yang telah PROVEN pasti menguntungkan.
Ebook panduan ini ditulis secara terus, straight-to-the-point, tiada ayat-ayat berbunga berjela-jela yang memeningkan serta lengkap dengan gambar-gambar untuk lebih jelas.
Anda boleh baca dan terus ambil langkah tindakan sejurus membacanya.
Mudah, jimatkan masa dan mampu mempercepatkan perjalanan untuk anda berjaya. Walaupun anda bermula dengan ZERO.
Nilai sebenar segala maklumat yang saya bongkarkan dalam ebook Bisnes Mainan ini bukan murah harganya.
Ianya adalah hasil daripada pengalaman, real-life PROVEN saya menjalankan perniagaan permainan di eBay selama ini. Memang telah terbukti ianya mampu memberikan anda pulangan yang lumayan jika diamalkan.
Saya sendiri telah bertahun-tahun lamanya mengkaji dan melalui pelbagai pengalaman pahit-manis dalam perniagaan permainan di eBay ini.
Segala panduan, buku, video tutorial, seminar, personal coaching tentang bisnes eBay telah saya pergi. Beribu-ribu Ringgit juga telah saya habiskan demi mendapatkan ilmu buat duit di eBay.
Anda kini tak perlu dah nak lalui pengalaman pahit-getir, kesusahan dan habiskan beribu-ribu Ringgit demi mendapatkan ilmu yang terbukti pasti berkesan ini.
Jika saya letakkan nilai harga ebook ini RM300 pun ianya masih lagi murah berbanding nilainya yang sebenarnya.
Samseng Facebook
"Mudah Dipasang"
Sistem ini mudah dipasang dan tak perlukan pengetahuan teknikal yang
tinggi. Biarpun baru dipasang, nampak ada peningkatan dari segi trafik yang
melawat ke salah satu landing page saya yang telahpun dipasang dengan sistem
Samseng Facebook ini.
Terbongkar: Cara Saya Gunakan Teknik "Samseng" Untuk Merampas Trafik Percuma Dari FaceBook Sesuka Hati Saya, Tanpa Keluar Modal Satu Sen Pun Atau Merayu Kepada JV Partners Yang Sombong.
Rahsia Perniagaan Coklat
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Sekarang...
Anda boleh bermula dengan Kos dan risiko yang minimum.
Tiada Sijil dan Kelayakan diperlukan.
Menjana Kreativiti anda & Dapat duit daripadanya!
Bekerja Dari Rumah. Jadi Bos anda sendiri.
Kadar Keuntungan yang tinggi. Ia mencecah 300% daripada kos anda!
Buat kerja yang anda suka ...coklat..hmmm sedapnya.
Cari Duit Tambahan untuk keluarga. Jadi tak lah mengharapkan suami je.
Jangan buat alasan lagi. Perniagaan coklat sememang perniagaan yang cukup mudah walaupun anda bekerja makan gaji atau sekadar surirumah.
Kini telah ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi?
Coklat merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai termasuk saya dan suami . Kegilaan kami terhadap coklat membuatkan saya memulakan perniagaan membuat coklat buatan tangan daripada rumah.
Permintaan terhadap coklat buatan tangan memang sentiasa ada kerana rasanya yang pelbagai dan unik berbanding dengan coklat bar yang dibeli di kedai. Permintaan akan memuncak apabila musim perayaan dan juga cuti sekolah.
Cuba teka kenapa?
Sudah tentu... Perkahwinan dan Pertunangan!
Coklat buatan tangan boleh dijadikan sebagai hantaran buat bakal suami atau isteri bagi mereka yang bakal berkahwin. Pasaran coklat memang cukup besar untuk anda terokai bersama dengan kami.
Banyak lagi pasaran yang boleh anda terokai. Ramai daripada pelanggan-pelanggan kami yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti coklat doorgift, lolychoc dan sebagainya.
Coklat Buatan Tangan Adalah Satu Seni
Bentuk coklat buatan tangan adalah pelbagai dan mempunyai bentuk tertentu bergantung kepada acuan. Ini yang menjadikan coklat buatan tangan unik. Kebiasaannya ia dalam bentuk coklat bar, berinti, bersalut dan sebagainya.
Ia juga boleh ditambah perisa jika anda mahu.
Adakah kita perlu buat coklat dari biji koko?
Jangan salah anggap. Coklat buatan tangan bukannya membuat coklat dari biji koko. Ia sebenarnya mengunakan coklat yang separa siap. Terdapat 2 jenis coklat yang digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan iaitu
Coklat Couverture atau Coklat Tulen
Coklat Compound
Yang mana paling sedap? Sudah tentu coklat tulen. Ia jauh berbeza dengan coklat yang anda beli dikedai. Cara pembuatannya juga lebih sukar dan agak cerewet. Cara untuk membuatnya akan ditunjukkan dalam pakej BuatCoklat.com ini.
Sebab itulah harga bagi sesetengah coklat buatan tangan lebih mahal berbanding dengan coklat yang anda beli di kedai.
Apa yang saya suka tentang Coklat Buatan Tangan..
Permintaan tinggi dari peminat coklat
Sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran
Kadar Keuntungan yang tinggi
Khasiat untuk kesihatan terutamanya jantung
Halal
Jika anda juga seorang peminat coklat, anda kini juga boleh memulakan perniagaan coklat buatan tangan anda dari rumah anda.
Menjawab Soalan Temuduga
Mungkin anda mempunyai pengalaman dan pendidikan yang tinggi, ada kelayakan yang cukup dan mungkin merupakan calon yang terbaik untuk jawatan yang anda mohon itu. Akan tetapi walau sehebat mana pun pendidikan dan pengalaman yang anda miliki, anda MESTI membuktikan MENGAPA anda adalah calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.
Soalan: Bagaimana untuk membuktikan kepada penemuduga bahawa anda adalah calon yang terbaik? Apa yang harus anda lakukan?
Jawapan: Anda perlu mengetahui apa yang diperlukan oleh bakal majikan anda.
1. Apa yang penemuduga mahu?
2. Mengapa mereka bertanyakan soalan ini?
3. Apakah maksud mereka?
4. Bagaimana anda boleh buktikan yang anda adalah calon yang terbaik?
Subscribe to:
Posts (Atom)