Monday, 20 July 2009

Menjawab Soalan Temuduga


Mungkin anda mempunyai pengalaman dan pendidikan yang tinggi, ada kelayakan yang cukup dan mungkin merupakan calon yang terbaik untuk jawatan yang anda mohon itu. Akan tetapi walau sehebat mana pun pendidikan dan pengalaman yang anda miliki, anda MESTI membuktikan MENGAPA anda adalah calon yang terbaik untuk jawatan tersebut.

Soalan: Bagaimana untuk membuktikan kepada penemuduga bahawa anda adalah calon yang terbaik? Apa yang harus anda lakukan?
Jawapan: Anda perlu mengetahui apa yang diperlukan oleh bakal majikan anda.
1. Apa yang penemuduga mahu?
2. Mengapa mereka bertanyakan soalan ini?
3. Apakah maksud mereka?
4. Bagaimana anda boleh buktikan yang anda adalah calon yang terbaik?

No comments:

Post a Comment