Monday, 20 July 2009

Rahsia Hukum Tarikan


Sedarkah anda kejayaan yang dikecapi para jutawan adalah hasil dari anjakan pemikiran yang biasa kita fikirkan. Dengan sedikit pengubahsuaian fikiran mereka terus maju setapak demi setapak sehingga terus memacu kejayaan yang mereka impikan.

Contoh terdekat adalah seorang jutawan internet tanah air, Irfan Khairi. Beliau memulakan bisnes internet dengan menjual peta Malaysia kepada warga luar yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan teknik hukum tarikan yang betul, beliau terus maju mengembangkan perniagaan online beliau sehingga beliau kini di gelar doktor internet.



Hakikatnya hanya 5% sahaja yang
mengecapi kekayaan.

Aku ni kategori mana yer? Termasuk dalam 5% tak? Ahhh… mungkin nasib mereka jer tu, Aku pun akan berjaya gak suatu hari nanti… tapi bila yer. Di manakah arah hala tujuku………… Mungkin ini bisikan hati anda.

Jika fakta ini menjadi ukuran maka ianya amat bertentangan dengan apa yang diajar dalam agama di mana nasib manusia tidak akan berubah melainkan manusia tersebut tidak cuba untuk mengubahnya.

Mesti ada cara yang lebih mudah bagaimana untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.



Cukupkah Hanya Usaha Semata-mata …

Kita telah melihat ramai yang berusaha keras membuta tuli namun kejayaan yang diharapkan tidak kunjung tiba malah kita tidak perlu melihat orang lain kerana diri sendiri juga selalu menghadapi perkara ini.

Namun ada juga kita melihat di mana ada yang berjaya tetapi tidak perlu terlalu bersusah payah dan peluang serta kejayaan yang mereka miliki seperti datang bergolek kepada mereka. Ternyata ada cara lain selain dari hanya berusaha keras bagi mencapai kejayaan.

Bagaimana Menggunakan Hukum Tarikan Boleh Mengubah Hidup Anda?

Sains membuktikan bahawa fizikal alam semesta adalah daripada energi (tenaga). Jika anda dapat menghuraikan semua benda di sekeliling anda, termasuk diri anda, kepada partikel yang lebih kecil (atom, electron, proton), anda adalah sebenarnya amat kecil (partikel sub atom) yang mana ia adalah energi tulen.

Segala yang anda lihat dalam dunia anda termasuklah kerusi/sofa yang anda duduk, orang di sekeliling anda, duit dalam dompet anda,rumah yang anda tinggal... SEGALANYA adalah daripada energi.

Walaupun sesuatu benda itu nampak pejal dan terpisah di sekitar anda, dari segi atom dan sub atom, namun semuanya dicampurkan bersama-sama di dalam satu gabungan energi yang besar.



Oleh sebab segalanya adalah energi, termasuk anda, perhubungan anda, kesihatan anda, wang anda, kejayaan dan kebahagiaan, malah semua ini dipengaruhi oleh Hukum Fizik atau Hukum Alam Semulajadi.

Apa yang penting di sini adalah apabila anda faham tentang hukum-hukum ini, anda boleh mempengaruhi sesuatu yang menjadi impian anda seperti wang, kejayaan, kesihatan dan sebagainya ke dalam kehidupan anda.

Ia nampak seperti magik namun ia adalah tindakan secara semulajadi melalui hukum alam semulajadi dan hukum saintifik yang menghasilkan semua yang wujud pada hari ini.

Panduan Rahsia Hukum Tarikan bukanlah panduan motivasi biasa. Malah memberi penekanan kepada teknik untuk menggerakkan hukum tarikan dengan sempurna. Bagaimana dengan langkah yang diperjelaskan mampu mengaktifkan minda sebagai tenaga (energi) yang positif.

Jika anda semata-mata hanya ingin meningkatkan motivasi sebagai pembakar semangat. Sila lupakan kewujudan laman web ini. Panduan Rahsia Tarikan adalah ebook yang mempunyai teknik yang berkesan untuk menarik apa saja yang anda mahu – dengan izin yang maha Pencipta (Insya Allah)

Ebook ini dihasilkan dengan 90 mukasurat. Ianya padat dengan teori serta praktikal. Jadi, anda tidak akan bosan membacanya.


No comments:

Post a Comment