Monday, 20 July 2009

Akaun Emas


PERCAYAKAH:Terdapat Sesuatu Yang Amat Berharga Semenjak Beribu Tahun Dahulu Hingga Kini Yang Boleh Anda Miliki Dan Menjadikan Anda Lebih Kaya Tetapi Malangnya Ramai Yang Tak Tahu...

Dengan 27-45% Kadar Keuntungan Setahun, Ia Satu-Satunya Bentuk Pelaburan Di Muka Bumi Ini Yang TERBAIK. Dan Lebih Baik Lagi Anda Tak Perlu Risau Langsung Tentang Kerugian...



Jika anda sedang mencari satu bentuk pelaburan untuk kebaikan dan jaminan masa depan anda, saya boleh katakan pencarian anda berakhir di sini.

Ya, anda boleh dapatkan jawapannya melalui laman web ini. Mungkin sebelum ini anda merasakan pelaburan hartanah menguntungkan tetapi anda tahukah, betapa strategiknya dan bernilainya hartanah yang ingin anda laburkan itu.

Sekali lagi saya tanya. "Adakah anda pasti pelaburan hartanah yang anda buat betul-betul mampu mendatangkan hasil pada masa depan?"

Tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi kepada tanah. Sekelip mata berlaku bencana alam sekali zass jatuh teruk nilainya.

Lihat saja apa yang terjadi di Bukit Antarabangsa.

Baiklah, jika nasib anda baik tiada bencana alam dan anda beli rumah atau rumah kedai untuk jana pendapatan. Tetapi ada ke orang nak sewa atau beli property anda jika ianya tak strategik?

Dah tu setiap malam mat-mat rempit buat lumba haram di belakang rumah anda?

Bertambah teruk jauh pula dari pengangkutan awam. Huh.. kalau bagi sewa pada saya, jawapannya, "NO!" Apa? Beli kat tempat strategik?

Ok! Saya dengar anda jawab tu. Tetapi mampukah anda membeli di kawasan strategik bak kata anda itu?

Kalau tiada RM500,000.00 sekarang anda jangan berangan. Pinjam bank boleh tetapi anda still kena bayar 10% downpayment. Itu pun kalau pinjaman anda diluluskan.

Bukan hendak merendahkan kemampuan kewangan anda, cuma pelaburan hartanah dan property ini memerlukan modal yang besar serta taktik yang betul.

Jika tidak ianya hangus sia-sia seperti kawan saya yang rumah nya tak laku langsung akibat ada penempatan jirat cina yang dibina selepas 7 tahun dibeli. Duit habis bayar bank, pelaburan tiada hasil. Hendak jual pun tiada siapa yang nak beli... ???

Mungkin anda kata, "Boleh main saham.... Dapat Juta-Juta lagi! "

Oh! Main saham mungkin anda rasa satu pelaburan terbaik dan alternatif kepada anda. Masalahnya saya dah banyak kali jumpa orang yang jadi kureng siuman setelah kerugian dalam pelaburan saham mereka. Ingat main saham ni nak kena ada modal besar dan yang paling penting anda tak kesah jika anda RUGI BESAR!



Jadi apakah bentuk pelaburan yang baik dan selamat?

Akhirnya tinggal ASB, ASW, ASN dan pelbagai lagi AS_ semata-mata dengan mengenepikan pelaburan Fixed Deposit dan segala bentuk simpanan tetap bank serta unit amanah seperti Public Mutual yang kenakan CAJ yang MAHAL kepada para pelabur setiap kali pembelian dibuat.

Tetapi untuk pelaburan ASB, adakah anda sanggup untuk setiap tahun hanya menunggu hujung tahun untuk mendapat pulangan?. Itu pun dengan kadar keuntungan yang rendah.

Jika anda simpan RM1,000.00 dari Januari hingga ke Januari tahun depannya dan seterusnya, saya boleh beri anggaran keuntungan yang bakal anda dapat adalah dalam lingkungan RM80-RM90 sahaja SETAHUN. Sedikit bukan? Dah lah tunggu sampai setahun. Jadi berapa lama yang anda perlu tunggu untuk kumpul keuntungan lebih banyak? Renungkanlah sendiri...


Ya, pelaburan emas lah yang saya maksudkan dari tadi dengan segala kelebihannya. Kini tidak rahsia lagi... Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut lagi segala kehebatan emas sebagai medium pelaburan yang amat menguntungkan anda, untuk lebih memudahkan anda menilai betapa untungnya dengan membuat pelaburan dalam emas



Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

[Surah Al-Kahfi: ayat 31]

Di dalam ayat di atas Allah SWT akan memberikan hadiah kepada manusia-manusia yang masuk kedalam syurga. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak dan secara logik telah melalui perubahan nilai dari masa ke semasa . Juga perkara tentang emas banyak disebut pada surah yang lain dalam Al-Quran.

Maka tidak hairan lah jika emas telah mula digunakan semenjak dahulu lagi kerana betapa bernilai dan berharganya ia sehingga FIRAUN juga tidak ketinggalan mengkagumi emas.

Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat semenjak 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran. Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa.



Melalui Ebook Ini Anda Dapat Mengetahui :



Kenapa Emas perlu dijadikan pilihan untuk tujuan simpanan dan pelaburan anda

Kenapa Pelaburan Emas Boleh Menguntungkan Anda

Bagaimana Membuka Akaun Simpanan Pelaburan Emas Anda

Perbezaan antara akaun emas Maybank, Public Bank, ______,_____,&_____,

Bagaimana Akaun Emas Berfungsi

Bagaimana Memahami Harga Jualan Dan Harga Belian Akaun Emas

Bagaimana Memilih Akaun Emas Yang Paling Menguntungkan Anda

Benarkah Harga Jualan Akaun Emas Yang Rendah Lebih Menguntungkan Anda?

Atau Pilih Akaun Emas Yang Menawarkan Harga Belian Yang Tinggi?

Ciri -ciri Akaun Emas Yang Boleh Anda Pertimbangkan Sebelum Membukannya

Bagaimana Memaksimumkan Keuntungan Akaun Emas Anda?

Bagaimana Menjana Keuntungan Ketika Harga Emas Sedang Meningkat Naik...

Bagaimana Menjana Keuntungan Ketika Harga Emas Sedang Jatuh...

Ketahui HALAL HARAM membeli Akaun Pelaburan Emas Dalam Islam..?

Dan Banyak Lagi...


No comments:

Post a Comment