Saturday, 23 January 2010

Didik Remaja


Adakah Anda Menghadapi Masalah Dengan Anak Remaja Anda?

Kini Anda Mampu Menangani masalah anak remaja anda .. ….melalui ….. Walaupun Anda Busy!

Ibu Bapa Yang Dihormati,
Pernahkah Anda merasa Sukar Untuk Memahami Anak Remaja Anda?

Adakah anda Sukar Untuk Berkomunikasi dengan mereka?
Sering bertengkar dan tidak sependapat?
Anda merasakan yang hubungan anda dengan anak remaja anda semakin renggang,
Anda susah hati?


Ya, saya sendiri mengakui bahawa saya juga adalah salah seorang dari jutaan ibubapa di dunia ini yang mengalami masalah tersebut...

Pening kepala dibuatnya..tak tahu apakah cara penyelesaian terbaik. Sudah banyak kursus serta seminar yang saya hadiri dan juga sudah banyak buku yang saya baca, namun ianya tidak dapat membantu saya menangani permasaalahan ini.……sehinggalah satu hari , saya sedar bahawa kesemua masalah tersebut perlu ditangani oleh saya sendiri dan penyelesaiannya ada pada diri saya sendiri. Saya tidak memerlukan orang lain untuk membantu saya menyelesaikan masalah anak remaja saya. Mereka anak saya, saya yang melahirkan mereka maka sayalah yang sepatutnya turun padang dan menyelesaikan masalah saya dan anak remaja saya.

Pertama kali yang perlu saya lakukan adalah membuang ego saya jauh-jauh. Saya perlu memasuki alam mereka dengan had-had yang tertentu. Perlu ada keseimbangan antara menjadi kawan dan mempunyai kuasa sebagai ibu . Tak perlu terlalu keras dan juga tak perlu terlalu berlembut..ibarat menarik rambut di dalam tepung.Hasilnya .. Alhamdulillah…berkat dengan ilmu, kuasa doa dan amalan..sedikit sebanyak ianya sudah membuahkan hasil.

Saya bukanlah mengatakan yang saya adalah yang terbaik. Saya cumalah seorang ibu yang biasa sahaja. Pengalaman, pergaulan, pengamatan dan segala ilmu yang saya ada patut rasanya saya kongsi bersama anda semua. Walau apa kedudukan dan pangkat, rupaparas, bahasa dan bangsa, kita adalah ibu dan bapa kepada anak-anak kan? Kita berhak menjadi ibubapa yang disayangi dan dicintai oleh anak-anak kita. Bukan setakat untuk mereka menjadi seorang yang berjaya di dunia tetapi yang lebih penting lagi adalah cemerlang dunia dan akhirat.



Di dalam e-book ini anda akan didedahkan dengan pelbagai informasi, tips serta teknik yang pasti berkesan untuk anda gunakan sebagai panduan dalam usaha ibubapa mendidik anak remaja mereka.

(Namun begitu perlu ditekankan disini bahawa ini bukanlah boleh didapati dalam sekelip mata, ini hanyalah solusi dan memerlukan ibu dan bapa sama-sama berusaha.)


Setelah anda mengetahu rahsia yang terkandung di dalam ebook ini Anda tidak akan teragak-agak lagi untuk… Berbual dan bergelak ketawa dengan anak remaja anda. Anda boleh berkongsi cerita-cerita menarik tentang kehidupan seharian anda bersama anak remaja anda. Begitu juga dengan rintihan dan keluhan mereka tentang masalah yang mereka hadapi.

Mendapat semula keintiman dan kepercayaan dari anak remaja anda
Anda boleh menegur anak remaja anda tanpa risau akan terkeluarnya jawapan atau perkataan-perkataan kesat yang keluar dari mulut anak anda.
Anak anda boleh menyertai segala aktiviti keluarga tanpa dipaksa.
Dan banyak lagi……


No comments:

Post a Comment