Thursday, 14 January 2010

Panduan Haji Dan Umrah


"Ketahui Panduan & Tips Perlaksanaan Haji & Umrah Yang Menyentuh Dimensi Pendidikan, Motivasi dan Pengetahuan Bahasa Arab Untuk Menjana Peribadi Mantap serta Memberi Ketenteraman Jiwa Khusus Untuk Bakal Tetamu di Tanah Suci!"



"ILMU Penyuluh Hidup, AMAL Bekalan Perjalanan dan AKHLAK Hiasan Jiwa & Peribadi Menuju Destinasi Akhirat Yang Sudah Pasti" ...

Anda mungkin terfikir untuk melaksanakan Ibadah Haji & Umrah, namun seringkali niat anda terbantut disebabkan beberapa perkara yang anda hadapi seperti :

Perasaan bahawa ia sukar dilaksanakan dan ilmu yang kurang mengenai ibadah ini.
Tidak memahami konsep ibadah Haji & Umrah dan tiada gambaran yang sebenar mengenainya.
Tidak mendapat ingatan, dorongan dan galakan dari sesiapa untuk melaksanakan ibadah ini.
Beranggapan bahawa ia hanya merupakan ibadah untuk orang-orang yang lanjut usia dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Tiada kewangan yang mencukupi.
Banyak tanggungan dan tanggungjawab yang belum diselesaikan.
Beranggapan bahawa ia boleh ditangguhkan dan banyak masa lagi untuk memikirkannya.
Perlu menggunakan masa untuk memenuhi jiwa muda.
Masih leka dengan kemewahan dunia tanpa memikiran kewajipan yang utama.
Lebih mengutamakan aktiviti melancong ke negara-negara luar tanpa memikirkan kiblat yang utama.
Lebih mengumpul harta benda dan kekayaan tanpa menyimpan untuk menunaikan kewajipan Haji & Umrah.
Tidak merasai nikmat dan kesan daripada ibadah Haji & Umrah walaupun telah beberapa kali melaksanakannya.
Takut akan bencana dan balasan Allah di tanah suci.
Masih belum bertaubat.

.....dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terus melupakan sahaja niat anda untuk melaksanakan ibadah Haji & Umrah.



Ibadah Haji merupakan rukun Islam ke-5 yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam, manakala Ibadah Umrah pula adalah ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut bagi sesiapa yang mampu. Justeru itu, penting bagi kita mendalami dan mempelajari ibadah ini agar ia mudah untuk dilaksanakan dan menepati kehendak syarak. Maka, persediaan yang secukupnya perlu disiapkan sebelum melaksanakan ibadah ini. Beberapa aspek penting yang berkaitan dengan ibadah ini perlu dititikberatkan. Ibadah ini memerlukan persediaan mental dan fizikal yang boleh memberikan impak positif terhadap syakhsiah dan ketenteraman jiwa seseorang muslim.

Ebook ini akan membantu, mendorong dan memimpin umat islam keseluruhannya agar membuka minda seluas-luasnya untuk menghapus segala pandangan dan kefahaman yang salah terhadap Ibadah Haji & Umrah. Ia menanam semangat dan keinginan yang tinggi untuk kita melaksanakannya dengan segera tanpa berlengah sebelum waktu melangkaui usia...dengan penuh rasa keinsafan dan taat kepada pencipta.

Kini, anda boleh menerokai kemanisan Ibadah Haji & Umrah melalui pendekatan yang menyeluruh, pendidikan dan motivasi serta pengetahan Bahasa Arab dalam satu pakej Edisi Eksklusif yang padat dengan tips dan informasi.


Bukan lagi satu penghalang bagi anda untuk anda mengenali, menyelami rahsia dan mendekati ibadah yang amat agung disisi Allah ini. Tidak kira apa saja profesion anda selagi anda memahami kewajipan untuk menunaikan rukun islam ini. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat, di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada hanya semata-mata untuk memberikan anda sepenuh kemudahan dan keselesaan.

Dengan ini, izinkan saya membawa dan mendekatkan diri anda kepada ibadah suci ini dengan kaedah bimbingan menyeluruh meliputi pengetahuan Bahasa Arab yang amat penting penggunaannya. Izinkan saya memimpin anda agar dapat meningkatkan keazaman untuk melaksanakan ibadah ini dengan mudah dan tenteram.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak untuk pergi menghadiri kursus-kursus semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.

Mudah sahaja sekiranya anda mempelajarinya melalui Ebook saya “PANDUAN LENGKAP HAJI & UMRAH : Edisi Eksklusif”.

No comments:

Post a Comment